From Islamic Studies to Computer Science

A self-taught developer

I sum up my journey into tech as pure luck with some ‘usaha’. Tidak dinafikan rezeki yang Allah bagi buat saya. Saya bukan CS/IT graduate. Bermula dari Asasi Pengajian Islam, bersambung dengan Ijazah Sarjana Usuluddin(Al-Quran dan Al-Hadith). Agak pelik career path saya tapi itu semua jadi sebab minat dan cita-cita saya.

During my last semester, saya terdetik nak sambung minat saya dulu. Ya saya mula minat komputer sejak berada di tingkatan 2. Pernah baca beberapa buku mengenai low-level programming language - BASIC dan C++. Tapi selepas tu saya discover lagi benda lain termasuk Wordpress dan hosting menggunakan file-zilla.

Saya bertanya kepada beberapa kenalan sekolah untuk bermula. Berbekalkan laptop gaming hadiah daripada abang saya, saya mula masuk kedalam dunia programming. Saya invest sedikit wang untuk beli bahan baca untuk programming. Buku pertama dibeli adalah, Kitab Fullstack tulisan Omar Mokhtar. Selepas itu saya menyambung dengan beberapa siri tutorial video dari Udemy.

Setelah 7-8 bulan belajar sendiri, dan merasa sudah cukup bersedia untuk mencari kerja dalam bidang IT, saya mula mencuba beberapa jawatan daripada syarikat IT. Kebanyakannya adalah jawatan IT-Support. Namun pencarian tidak berhasil, maka saya tekad untuk mengambil Sijil Professional. Namun tidak berhasil sebab kebanyakan mengenakan bayaran yang agak tinggi(RM 3000++).

Nak jadi rezeki, saya terjumpa satu program bernama PENJANA KPT Career Advancement Programme. Setelah enroll diri ke program tersebut, saya diberi latihan seakan bekerja di syarikat professional. Disana saya bertemu beberapa kawan baru dalam dunia IT, yang kebanyakannya adalah graduan IT. Salah seorang daripada peserta, telah mengajak saya untuk mencuba temuduga di Maybank untuk program Graduate Trainee mereka. Rezeki tuhan saya lepas semua interview, dari take-home assignment dan face-to-face interview.

Semanjak itu saya berkhidmat sebagai Backend Developer(NodeJS) disana selama setahun 4 bulan, dan terjadi beberapa perubahan dalam kareer saya. Itu saja perjalanan saya masuk ke dunia IT dengan cara self-taught. Sangat terasa puas, kerana setiap duit dan masa yang saya korbankan berhasil. Jangan takut untuk mencuba. Semua perkara tidak mustahil dengan usaha yang kuat.

Published on